Tuesday, August 26, 2008

Latihan dan Aktiviti

Program dan latihan aktiviti Kor SUKSIS adalah berdasarkan silibus latihan dan aktiviti yang telah disediakan oleh Bahagian Latihan Bukit Aman, PDRM. Semua bentuk latihan dan akademik akan dijalankan oleh pegawai atau anggota tetap PDRM yang ditugaskan di IPTA.
Pakej latihan yang dijalankan dalam ( 6 ) semester yang memperuntukan masa 672 jam yang dibahagikan kepada tiga (3) komponen, iaitu;
  • Pentadbiran / Pengurusan = 20%
  • Latihan Luar = 50%
  • Akademik = 30%

Aktiviti latihan telah diamanahkan kepada pegawai dan anggota PDRM yang diadakan tiga kali seminggu dan setiap latihan diperuntukan masa empat (4) jam. Masa yang diperuntukan untuk latihan tahunan ( perkhemahan tahunan ) ialah tujuh hari yang diadakan semasa cuti semester.

Latar Belakang Penubuhan KOR SUKSIS

Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan antara agensi penguatkuasa Undang-undang Negara yang ulong. Ia memainkan peranan utama menwujudkan keamanan, kesentosaan dan kesejahteraan masyarakat pelbagai kaum di dalam Negara kita yang dicintai. Amanah dan tanggungjawab yang diberikan telah dilaksanakan dengan penuh bijaksana dan berhemah.
Penubuhan Kor Suksis di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA), adalah merupakan cetusan idea oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, telah mengarahkan PDRM menwujudkan Unit Sukarelawan Polis di semua IPTA, di mana penubuhannya tertakluk kepada undang-undang tubuh Sukarelawan Polis (PVR).

Objektif Penubuhan

Penubuhan Kor Suksis USM adalah bertujuan sebagai pemangkin dalam membentuk dan membangun sahsiah mahasiswa yang bakal menjadi pemimpin pelapis Negara kita di dalam pelbagai bidang dan jawatan. Asas latihan adalah bertujuan:-

  • Melahirkan Pegawai Kor Suksis yang berpengetahuan dalam undang-undang berkaitan, mempunyai sikap serta amalan displin kepolisian yang sesuai dengan budaya pasukan polis dan IPTA.
  • Berperanan dan bertanggungjawab dengan cekap dan berkesan sebagai Pegawai Kor Suksis kearah menwujudkan kesedaran sivik dan hubungan baik polis dan masyarakat.
  • Mempunyai ketahanan mental, fizikal serta personality bersesuaian dengan peranan sebagai seorang Pegawai Kor Suksis.

IPTA IPTA yang diwujudkan KOR SUKSIS

Penubuhan Kor Suksis di IPTA:
  • Universiti Utara Malaysia
  • Universiti Teknologi Mara, Kampus Induk Shah Alam
  • Universiti Teknologi Mara, Kampus Cawangan Permatang Pauh
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Universiti Malaya
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Malaysia Sarawak
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Universiti Sains Islam Malaysia
  • Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
  • Universiti Teknikal Malaysia Terengganu
  • Universiti Malaysia Pahang
  • Universiti Darul Imam Malaysia
  • Universiti Malaysia Kelantan

Monday, August 25, 2008

KOR SUKSIS USM

Universiti Sains Malaysia yang menjadi kebanggaan Negara, prihatin terhadap keperluan ini dan memberi sokongan sepenuhnya bagi membangunkan modal insan yang di perlukan oleh PDRM.
Kor Sukarelawan Siswa/Siswi (SUKSIS) yang ditubuhkan pada 30 Mei 2005 dengan kekuatan pengambilan pertama seramai 45 orang pelatih. Seterusnya bilangan ini meningkat pada pengambilan kedua pada tahun 2006 seramai 65 orang, dan pengambilan ketiga pada tahun 2007 seramai 70 orang. Pada tahun 2008 (kini) seramai 57 orang menyertai. Jumlah keseluruhan KOR SUKSIS USM adalah seramai 191 orang pelatih. Terdapat ( 3 ) pegawai polis dan (9) jurulatih di jabatan PDRM dari pelbagai pangkat diamanahkan melatih pelatih-pelatih berkenaan.